“bitches don't just bark, they bite”
ambil kau.
Thursday, April 01, 2010 || 9:55 PM
Hari ini saya bercadang untuk berbahasa melayu.
(kerana kakak saya sudah speaking kan. saya pun turut sekaki lah.)
Lagipun sukar sekali saya berbahas dalam bahasa ibundaku di lelaman web saya ini.
Hari ini amat menyakitkan hati yg tersungguh lemah.(alahai)
Saya dipaksa ke kedai bersama kakak saya dan bayangkan lah, mahu beli berus pinggan mangkuk, dia boleh berfikir seribu kali fikir.
Sanggup dari Shop N Save (Membeli Dan Berjimat),
kite jalan ke Prime untuk membeli ikan tuna-nya.
Dalam perjalanan ke Shop N Save (Membeli Dan Berjimat),
kami melalui taman permainan kanak-kanak.
Kami (Ape lagik) ambil kesempatan untuk bermain buai-buainya.
Waduhhnya.... buai-buainya sungguh berkarat sekali.
Bunyinya yg dashyat itu menyakiti dengungan lubang telinga kami.
Selepas kami selesai membeli belah, saya masih tidak dapat menunaikan permintaan saya,
iaitu membeli air batu kisar berperisa coklat (chocolate ice blend ehh).
Saya bercadang dengan kakak untuk membuat air itu di rumah dengan menguna batu lesung kami, kerana mesin blend kami sudah dibuat untuk mengisar bawang-bawang dan rempah. (takde spare blender).
Selepas mencacatkan apa yang saya mahu UPDATE dalam lelaman web saya, saya akan sering berbahasa melayu kerana saya sedar bahawa darah yang mengalir di dalam tubuh saya ini adalah darah belacan. Whakakakakak!
Kalau ada silap ataupun salah, ia tidak ada kena mengena dengan hidup ataupun mati.
Harap Maklum. Amin.